Home » » Black 16 September

Black 16 September

Tahukah anda bahawa pada tarikh 16 September 1963, disaat deklarasi pembentukkan "Malaysia" diistiharkan di Padang Merdeka Negara Sabah, Negara Sarawak dan Stadium Merdeka Malaya, pada hari tersebut jugalah malaya telah menghantar wakil Kerajaan mereka iaitu Yoke Lin Ong (Ong Yoke Lin) untuk menyampaikan surat pemberitahuan kepada United Nations (UN) bahawa "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" telah menukarkan namanya kepada "Malaysia" berserta dengan pindaan perlembagaan yang membolehkan penyertaan tiga negara baru iaitu North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Pindahan perlembagaan ini juga tidak mengubah identiti asal Malaya yang telah menyertai UN pada 17 September 1957. 

Apa yang berubah hanyalah sempadan antarabangsa sahaja yang telah menjadi lebih besar daripada sebelumnya tetapi masih mengekalkan identiti asal sebagai Malaya didalam keahlian keanggotaan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bukti ini dapat dilihat melalui surat pemberitahuan yang telah tercatat didalam "United Nation Juridical Yearbook 1963"

Dalam ertikata lain, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) itu sebenarnya masih wujud lagi sehingga sekarang dan pihak antarabangsa mengenali kewujudan Malaya dengan nama "Malaysia". Apa yang sebenarnya menjadi isu serius disini ialah selama ini pemimpin-pemimpin negara Borneo daripada negara Sabah dan negara Sarawak diberitahu bahawa mereka akan dan membentuk "Persekutuan Baru" dengan memiliki "Perlembagaan Baru". Namun, penggunaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada peringkat awal dijadikan sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia adalah bertujuan untuk memudahkan pembentukkan kerajaan baru ini tanpa perlu bersusah-payah. Ternyata selepas terbentuknya Malaysia selepas beberapa tahun kemudian, pemimpin malaya iaitu Tunku Abdul Rahman enggan ataupun tidak mahu membuat Perlembagaan baru. Persoalan kepada keengganan Tunku Abdul Rahman ini telah terjawab melalui Bukti Ketiga ini.

Selain itu juga, pemimpin-pemimpin Borneo tidak pernah diberitahu tentang perkara yang sebenar ini kerana kematangan politik yang masih mentah serta latar belakang pendidikan yang jauh berbanding dengan pemimpin-pemimpin malaya telah menjadi faktor kepada manipulasi dan penipuan yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin malaya terhadap pemimpin-pemimpin Borneo.

Pemimpin-pemimpin Borneo hanya mula menyedari akan perkara ini setelah Singapura menarik diri pada tahun 1965 daripada Malaysia dan krisis perlembagaan di negara Sarawak tercetus pada tahun 1966.

Pemimpin-pemimpin malaya tidak pernah berlaku jujur terhadap pemimpin-pemimpin Borneo dan bangsa Borneo. Ini jelas dapat dilihat sehingga ke hari ini. Apa yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk kepentingan politik dan kerajaan mereka sahaja. Penentangan daripada Indonesia yang mengatakan bahawa pembentukan Malaysia ini adalah sebenarnya satu bentuk penjajahan di alaf baru ternyata benar.

Ini kerana negara Sabah dan negara Sarawak tidak memiliki Kuasa Kedaulatan dan Kemerdekaan yang sebenar. Ini disebabkan kuasa tersebut telah dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur secara rasmi pada 16 September 1963.

Maka, untuk menjawab persoalan yang timbul dalam Bukti Pertama, jawapannya ialah Malaysia Day yang dirayakan pada 16 September 1963 itu sebenarnya merupakan Hari bagi Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura "menyertai" Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) tanpa disedari oleh mereka. Untuk lebih tepat lagi, 16 September 1963 sebenarnya adalah Hari bermulanya Penjajahan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) keatas negara Sabah, negara Sarawak dan negara Singapura secara rasmi yang bertopengkan "Malaysia".

Inilah yang menyebabkan pihak SSKM-SSU(UK) menjadikan 16 September sebagai "Black 16 September" sebagai simbolik kepada Penjajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia keatas negara Sabah dan negara Sarawak. 

BACA ARTIKEL Penuh di sini:

Share this video :

0 comments :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Video Collection SSKM-SSU(UK) - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
| Distributed by Way2 Blogger Templates Proudly powered by Blogger