Home » » Flashlight: Jessie and Billance Duet.

Flashlight: Jessie and Billance Duet.


KOTA KINABALU, 6 Ogos 2015: Seorang anak kelahiran bangsa Negara Sabah yang berasal daripada Kota Kinabalu yang bernama Billance Fung Chee Von dan merupakan etnik Sino Kadazan telah menarik perhatian warga Facebook setelah rakaman videonya yang berduet dengan seorang penyanyi terkenal yang bernama Jessie J dengan lagu Flashlight dikongsikan kepada umum melalui profil akaun "Facebook" peribadinya.

Video tersebut telah mendapat sambutan yang hangat setelah dikongsikan disebuah Page Facebook yang bernama The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia" dan telah mencatat jumlah "share" yang telah mencecah 2,136  dan "Like" sebanyak 1,654. Manakala, jumlah rekod "share" di akaun peribadinya mencatat sebanyak 680 dan "Like" dalam 1,272.

Menurut beliau,  "rakaman tersebut dilakukan secara "duet" bersama dengan penyanyi Jessie J tetapi bukan secara live. Ia menggunakan aplikasi "Sing! Karaoke by Smule" dan sesiapa juga boleh melakukannya."

"Tiada sebarang latihan khusus. Saya hanya menyanyikannya "for fun" sahaja. Terdapat banyak pilihan lagu sama ada "single, duet or group" yang tersedia dalam aplikasi tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya perlu memilih salah satu lagu berkenaan untuk dinyanyikan", ujarnya.

Respon daripada warga Facebook yang rata-ratanya berasal daripada negara Sabah dan negara Sarawak memberikan pujian dan pengiktirafan terhadap kemerduan suara beliau. Malah ada sejumlah ramai wanita dan juga lelaki telah terpikat dan jatuh hati dengannya setelah mendengar lagu duet beliau itu. Ini ditambahkan lagi dengan kekacakannya telah menjadi faktor kepada minat terhadapnya.

Difahamkan bahawa beliau adalah seorang Jurutera Proses (Process Engineer) yang bekerja di Kota Kinabalu, Sabah.

Share this video :

0 comments :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Video Collection SSKM-SSU(UK) - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
| Distributed by Way2 Blogger Templates Proudly powered by Blogger