Home » » Politik kotor dibalik Pembentukan Malaysia oleh AM Azahari

Politik kotor dibalik Pembentukan Malaysia oleh AM Azahari



A.M Azahari merupakan salah seorang Pejuang Kebangsaan Negara Brunei semasa era penjajahan British di Brunei. Beliau menjadi terkenal ketika era 1960 yang mana British telah mengemukakan cadangan untuk mengabungkan Negara Brunei, Negara Sarawak dan Negara Borneo Utara (North Borneo @ Sabah) dalam satu persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia (BUKAN Malaysia tetapi "PERSEKUTUAN").

Walau bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak British. Dengan itu, beliau telah mencadangkan agar satu Persekutuan daripada Borneo yang dinamakan Federation of North Borneo (Persekutuan Borneo Utara) diwujudkan terlebih dahulu sebelum Persekutuan Malaysia ini direalisasikan. Ini kerana beliau berpendapat bahawa dengan mengabungkan Negara-Negara di Borneo dibawah satu persekutuan dengan Malaya yang sudah merdeka terlebih dahulu, beliau khuatir bahawa ia bukanlah seperti yang dihura-hurakan tetapi takut bahawa ia adalah satu "Penipuan" untuk memerangkap Negara-negara di Borneo sebagai sebahagian daripada negeri-negeri di Malaya.

Pandangan jauhnya itu tidak disenangi oleh pihak British dan pemimpin malaya yang ketika itu dipimpin oleh Perdana Menteri Malaya yang Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Lantas dengan itu, Tunku Abdul Rahman telah menghantar rombongan daripada malaya yang diketuai oleh Tun Razak (bapa najib, perdana menteri malaysia sekarang) untuk memujuk bersetuju dengan gabungan untuk membentuk persekutuan malaysia.

Dalam pertemuan tersebut seperti yang dikongsikan oleh beliau, AM Azahari, Tun Razak telah cuba untuk mengumpan beliau dengan jawatan yang tinggi akan diberikan kepada beliau sekiranya beliau bersetuju terhadap penggabungan Negara Brunei dalam persekutuan malaysia. A.M Azahari merupakan salah seorang Pejuang Kebangsaan Negara Brunei semasa era penjajahan British di Brunei. Beliau menjadi terkenal ketika era 1960 yang mana British telah mengemukakan cadangan untuk mengabungkan Negara Brunei, Negara Sarawak dan Negara Borneo Utara (North Borneo @ Sabah) dalam satu persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia (BUKAN Malaysia tetapi "PERSEKUTUAN").

Walau bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak British. Dengan itu, beliau telah mencadangkan agar satu Persekutuan daripada Borneo yang dinamakan Federation of North Borneo (Persekutuan Borneo Utara) diwujudkan terlebih dahulu sebelum Persekutuan Malaysia ini direalisasikan. Ini kerana beliau berpendapat bahawa dengan mengabungkan Negara-Negara di Borneo dibawah satu persekutuan dengan Malaya yang sudah merdeka terlebih dahulu, beliau khuatir bahawa ia bukanlah seperti yang dihura-hurakan tetapi takut bahawa ia adalah satu "Penipuan" untuk memerangkap Negara-negara di Borneo sebagai sebahagian daripada negeri-negeri di Malaya.

Pandangan jauhnya itu tidak disenangi oleh pihak British dan pemimpin malaya yang ketika itu dipimpin oleh Perdana Menteri Malaya yang Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Lantas dengan itu, Tunku Abdul Rahman telah menghantar rombongan daripada malaya yang diketuai oleh Tun Razak (bapa najib, perdana menteri malaysia sekarang) untuk memujuk bersetuju dengan gabungan untuk membentuk persekutuan malaysia.

Dalam pertemuan tersebut seperti yang dikongsikan oleh beliau, AM Azahari, Tun Razak telah cuba untuk mengumpan beliau dengan jawatan yang tinggi akan diberikan kepada beliau sekiranya beliau bersetuju terhadap penggabungan Negara Brunei dalam persekutuan malaysia. 

"Tunku Abdul Rahman katakan begini, En.Azahari... Kalau umat melayu dipimpin oleh tiga orang melayu ini, akan selamat bangsa melayu iaitu Tunku Abdul Rahman, saya (Tunku Abdul Razak) dan En.Azahari. Jadi, Tunku Abdul Rahman minta En.Azahari, sudah setuju sahaja sama malaysia ... Dan En.Azahari, Tunku Abdul Rahman akan menjadi Perdana Menteri, saya (katanya dia---Tunku Abdul Razak) akan menjadi Wakil Perdana Menteri 1 dan En.Azahari akan menjadi Wakil Perdana Menteri 2. Jadi sekarang, mintalah En.Azahari dapat merubah fikiran"

Tunku Abdul Razak, 1962

Sebaik sahaja beliau mendengar tawaran tersebut, beliau terus memahami maksud keseluruhan niat pemimpin malaya terhadap negara-negara di Borneo yang pada ketika itu masih lagi dibawah penguasaan British.

Dengan tegas dan sinisnya beliau membalas kata-kata Tun Razak... 

"Wah... Ini sudah Dirty Game in Politic... Tun... Saya menunggu khabar daripada Tunku soal 17 Pasal... BUKAN saya mahu dengar soal ini... Soal bribe, Political Bribe ini...!"

AM Azahari, 1962

Ketika beliau melafazkan kata-kata ini, beliau dalam keadaan marah, tersinggung dan disaksikan serta didengari oleh ramai pengikut-pengikut beliau (AM Azahari). Sila tonton video diatas ini untuk sendiri mendengar kata-kata beliau...

Melalui testimoni, perkongsian beliau ini, jelas menunjukkan komplot daripada pemimpin malaya menggunakan teknik "Rasuah" sudah dipraktiskan daripada sebelum persekutuan malaysia itu direalisasikan. Dan kini ia telah menjadi budaya yang tidak mungkin dapat ditanggalkan seperti mana yang anda semua lihat ditempat masing-masing.

Source: http://uvsb.blogspot.com/2014/02/am-azahari-ini-sudah-dirty-game-in.html
Share this video :

0 comments :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Video Collection SSKM-SSU(UK) - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
| Distributed by Way2 Blogger Templates Proudly powered by Blogger